Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Trak Rempuh Orang Ramai Di Nice, Perancis, Lebih 70 Maut

11:28am 15/07/2016 Pak Roshan 2 views Global

nice

PARIS – Seorang penyerang telah mengorbankan lebih 70 orang dan mencederakan 100 yang lain apabila dia memandu sebuah trak pada kelajuan tinggi ke arah orang ramai yang sedang menyaksikan pertunjukan bunga api Hari Bastille di bandar French Riviera di Nice lewat hari Khamis, media tempatan memetik pegawai sebagai berkata.

Polis telah menembak mati pemandu terbabit, yang memandu pada kelajuan tinggi pada jarak lebih 100 meter di sepanjang kawasan pinggir laut terkenal, Promenade des Anglais sebelum merempuh kumpulan penonton, kata sub-pengawas serantau, Sebastien Humbert kepada radio France Info.

ANGGOTA POLIS MENGAWASI TRAK YANG TELAH MEREMPUH ORANG RAMAI KETIKA SAMBUTAN HARI BASTILLE. -FOTOAFP

Stesen penyiaran i-Tele memetik pejabat pendakwa sebagai berkata jumlah kematian awal adalah 60.

Ahli parlimen tempatan Eric Ciotti memberitahu France Info bahawa lebih ramai lagi mungkin meninggal dunia. Pegawai-pegawai lain meletakkan bilangan yang cedera sekurang-kurangnya 100 orang dan mungkin lebih.

Humbert menyifatkannya sebagai satu serangan jenayah yang jelas, walaupun pemandu itu belum dapat dikenal pasti. Penduduk di bandar Mediterranean dekat dengan sempadan Itali dinasihatkan supaya berada di dalam rumah masing-masing.

Tiada sebarang tanda atau petunjuk berlakunya serangan lain. – REUTERS/mStar Online

Laporan lanjut menyusul…

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan