Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tragedi tanah runtuh

7:34am 07/06/2014 Pak Roshan 237 views Keningau,Tempatan

tanah runtuh

TENOM: Usaha lebih 15 jam mencari rakan sekerja yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berakhir dengan penemuan dua mayat lelaki di Kem Makmuran, Ulu Tomani, di sini pagi kelmarin.

Dalam kejadian itu, dua pekerja warga asing berkenaan dikenali sebagai Aliman Juvie De Jesus, 21, dan Yande Jugadora, 24, ditemui jam 6.30 pagi sejurus tertimbus sejak lewat petang Rabu lalu.

Dikatakan dua mangsa bersama pekerja yang lain sedang melakukan kerja-kerja pemotongan balak di kawasan lereng bukit hutan berkenaan sebelum insiden terbabit terjadi.

Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang berkenaan, tidak semena-mena tanah di situ runtuh sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terperangkap dan tertimbus.

Turut dipercayai, kejadian tanah runtuh di situ terjadi terdorong daripada hujan lebat di kawasan itu pada petang kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Tenom bagi tindakan lanjut dan proses bedah siasat.

Mengulas kejadian itu, beliau berkata polis telah menerima aduan daripada pekerja kem mengenai insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, disebabkan lokasi kejadian dari Pekan Tenom terletak kira-kira 100 kilometer difahamkan pihak pengurusan kem terbabit mengambil keputusan bagi menjalankan sendiri usaha-usaha mencari mangsa dengan lebih awal.

“Namun operasi berkenaan agak sukar dijalankan ekoran keadaan cuaca dan malam sebelum ditemui pada pagi tadi,” katanya di sini kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom DSP Mohamad Firdaus @Francis Abdullah berkata, menurut pengadu iaitu bapa mangsa (Jem De Jesus) mayat Aliman berjaya dikeluarkan pada jam 8 malam manakala seorang lagi mayat mangsa Yande berjaya dikeluarkan pada 12 tengah malam oleh rakanya serkerjanya.

“Di tempat kejadian tidak mempunyai sebarang talian perhubungan ditambahkan lagi jarak kejadian berlaku hampir 100 kilometer dari kawasan pekan menyukarkan anggota kita untuk sampai di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, kedua-dua mayat telah dibawa ke Hospital Keningau bagi memudahkan keluarga kedua-dua mangsa membuat tuntutan mayat.

Firdaus berkata, hasil siasatan pihak polis mengenai kejadian itu tiada tanda-tanda berunsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan