Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tragedi lepas angin

9:52am 24/12/2015 Pak Roshan 6 views Global
DAWN

DAWN

Port St Lucie, Amerika Syarikat: Seorang wanita di bandar ini ditahan polis selepas dia membelasah suaminya kerana terlalu berang selepas lelaki itu sering kentut ketika tidur.

Kejadian berlaku pada jam 3 pagi ketika Dawn Meikle, 55, sedang tidur bersama suaminya, Donald di rumah mereka, di sini baru-baru ini.

Jurucakap polis berkata, ketika tidur Donald tiba-tiba kentut menyebabkan Dawn marah lalu terus menyiku dan menendang lelaki itu.

Donald yang terjaga terus bangun dari katil dan Dawn memberi amaran kepada suaminya supaya jangan kentut lagi.

Lelaki itu kemudian baring di tempat tidurnya, tetapi selepas beberapa minit dia kentut beberapa kali menyebabkan Dawn berang dan terus menyiku serta menendang suaminya beberapa kali.

Keadaan bertambah tegang apabila Donald melawan dan memegang isterinya supaya wanita itu berhenti memukulnya.

Bagaimanapun, Dawn terus memukul suaminya dan dia juga menyembur muka lelaki itu dengan penyembur lada.

Kerana tidak tahan dibelasah, Donald menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Polis yang datang ke kediaman berkenaan terus menahan wanita itu dan Donald pula dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut polis, Dawn dibebaskan dengan ikat jamin dan bakal didakwa atas tuduhan menyerang dan berkelakuan ganas.-Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan