Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tragedi kren runtuh di Makkah – 5 akan didakwa

12:26pm 17/12/2015 Pak Roshan 212 views Global
GAMBAR fail menunjukkan rangka kren yang runtuh di Masjidil Haram September lalu.

GAMBAR fail menunjukkan rangka kren yang runtuh di Masjidil Haram September lalu.

Jeddah: Biro Siasatan dan Pendakwaan Awam (BIP) di sini mendapati lima pegawai kanan bahagian teknikal dan kejuruteraan bersalah dalam kejadian kren terhempas di Masjidil Haram pada 11 September lalu, menurut laporan akhbar Al Watan yang memetik satu sumber.

Sumber itu bagaimanapun tidak menamakan jurutera dan juruteknik berkenaan.

Bagaimanapun, maklumat awal menunjukkan mereka akan didakwa.

Kelima-lima mereka terbabit dalam penyeliaan projek pembesaran Masjidil Haram. Mereka termasuk pegawai kerajaan.

Menurut sumber itu, BIP memulakan siasatan terhadap suspek dari syarikat Binladen dua bulan lalu dan mendapati bukti kukuh mereka bertanggungjawab terhadap kejadian berkenaan.

BIP Jeddah akan mengemukakan hasil siasatan kepada ibu pejabat BIP di Riyadh untuk mengumpulkan senarai tuduhan ke atas mereka.

Kejadian kren runtuh pada September lalu, sejurus sebelum musim haji bermula, menyebabkan 111 orang terbunuh dan 394 lagi cedera.

Raja Salman menyalahkan Binladin Group berhubung kejadian itu.

Eksekutif syarikat terbabit dilarang meninggalkan Arab Saudi sementara menunggu tindakan undang-undang dikenakan ke atas syarikat berkenaan.

Dalam tempoh sama, syarikat itu turut dikecualikan daripada semua projek baru. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan