Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TRAGEDI KEMALANGAN JALANRAYA, TIGA KANAK-KANAK MAUT

Pasukan Bomba membantu mangsa kemalangan selepas tiba di lokasi kejadian. -Gambar SNT/Media Sosial

PITAS: Tiga orang kanak-kanak maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas kemudian terbalik di Bangkau Bangkau, di sini pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 2 Kota Marudu Kamaruddin Sabanah berkata, mangsa yang dikenali Loris Lorzen, 7, Lisrerealcka Hamadus, 9, dan Sizon Binti Januin, 9, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Kamaruddin, kanak-kanak itu adalah antara tujuh orang di dalam kenderaan Isuzu D-Max itu sebelum pemandu hilang kawalan lalu terbabas.

Menyayat hati … Tiga mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut. -Gambar SNT/Media Sosial

Dua orang dewasa, 22-25, dan dua lagi kanak-kanak termasuk seorang berumur 5 tahun mengalami cedera ringan.

“Pegawai perubatan di lokasi mengesahkan tiga orang mangsa daripadanya meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala mangsa selebihnya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital dengan menggunakan Ambulan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

Sementara itu, Bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 9.55 pagi.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.20 tengah hari. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan