Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tragedi Double Six terus dikenang

Jimmy tunduk memberi penghormatan dan meletakkan karangan bagi memperingati mangsa yang terkorban.

KOTA KINABALU: Tragedi pesawat terhempas yang mengorbankan para pemimpin negeri pada 6 Jun 1976 terus dikenang melalui Upacara Memperingati Double Six di Tugu Peringatan ‘Double Six’, Sembulan.

Pagi tadi, seluruh hadirin bertafakur selama seminit untuk mengenang mangsa diikuti upacara meletakkan karangan bunga yang didahului Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Jimmy Wong mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Hadir memberi penghormatan kepada mangsa pada upacara tersebut adalah Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Junz Wong, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai serta ahli keluarga mangsa tragedi berkenaan termasuk isteri Tun Fuad Stephen, Toh Puan Rahimah Stephen.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi, Jennifer Lasimbang; Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Joannes Solidau dan Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Shaun Pravind Robert.

Tragedi yang genap 42 tahun itu telah mengorbankan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephen bersama 10 jemaah Kabinet Negeri dalam pesawat Nomad buatan Australia yang berlepas dari Wilayah Persekutuan Labuan dan terhempas di laut berhampiran Kampung Sembulan ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu./Penerangan-

Sesi bergambar para tetamu kehormat bersama dengan ahli keluarga mangsa tragedi.

Komen


Berita Berkaitan