Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tragedi di lebuh raya: Pengawal peribadi mengamuk tembak majikan

7:34am 02/12/2016 Pak Roshan 2917 views Jenayah,Mutakhir
TIGA lelaki maut, manakala tiga yang lain parah ditembak di Lebuhraya Lim Chong Eu, Pulau Pinang, awal malam ini. Antara yang cedera adalah jurukamera RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir, 27, (gambar kecil) yang terkena satu das tembakan dilepaskan lelaki tidak dikenali itu pada bahu kiri. - Foto Danial Saad

TIGA lelaki maut, manakala tiga yang lain parah ditembak di Lebuhraya Lim Chong Eu, Pulau Pinang, awal malam ini. Antara yang cedera adalah jurukamera RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir, 27, (gambar kecil) yang terkena satu das tembakan dilepaskan lelaki tidak dikenali itu pada bahu kiri. – Foto Danial Saad

GEORGETOWN: Seorang pengawal peribadi mengamuk sebelum menembak mati majikannya yang berstatus Datuk, dalam kejadian di Lebuhraya Lim Chong Eu dekat sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu turut meragut dua nyawa orang awam, membabitkan seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang berada di lokasi kejadian, selain empat lagi cedera terkena tembakan dilepaskan.

Antara yang cedera adalah jurukamera sambilan RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir, 27, yang terkena satu das tembakan pada bahu kiri serta seorang kakitangan wanita Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bayan Baru, dikenali sebagai Nurul Huda.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata punca sebenar serangan senjata api itu masih dalam siasatan.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek dikatakan menembak majikannya yang berstatus Datuk itu ketika di dalam kereta, sebelum seorang lagi yang berada di dalam kenderaan sama melarikan diri.

“Tindakan itu menyebabkan suspek mengejar lelaki terbabit sambil melepaskan beberapa das tembakan lagi yang terkena pada orang awam.

“Ekoran kejadian itu, tiga mangsa, termasuk lelaki berstatus Datuk terbabit mati di lokasi kejadian, manakala empat yang cedera termasuk seorang wanita, dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan kecemasan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Zainol berkata, sehingga kini pihaknya masih menyiasat punca kejadian serta motif tembakan dilepaskan.

“Kami turut mengambil kira kemungkinan berlaku salah faham di dalam kereta dinaiki suspek bersama majikannya itu.

Susulan kejadian itu, polis sudah menahan suspek berusia lingkungan 40-an untuk siasatan lanjut,” katanya. – BH Online

Seorang mangsa (kanan) yang terselamat dalam kejadian kes tembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, memeluk ahli kelurga selepas menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Tiga maut dan empat mangsa cedera parah, termasuk jurukamera sambilan RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir. - Foto Danial Saad

Seorang mangsa (kanan) yang terselamat dalam kejadian kes tembak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, memeluk ahli kelurga selepas menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Tiga maut dan empat mangsa cedera parah, termasuk jurukamera sambilan RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir. – Foto Danial Saad

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan