Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tragedi Aidilfitri

ORANG ramai melihat lokasi serangan bom kenderaan di bandar Khan Bani Saad.
ORANG ramai melihat lokasi serangan bom kenderaan di bandar Khan Bani Saad.

Baquba, Iraq: Sekurangnya 100 orang maut dan lebih 116 lagi cedera selepas sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan meletup di hadapan sebuah pasar raya di bandar Khan Bani Saad dekat sini kelmarin.

Serangan berlaku ketika penduduk bandar itu yang majoritinya berfahaman Syiah sedang membeli-belah untuk persiapan terakhir sebelum sambutan Aidilfitri.

Pihak berkuasa Iraq percaya, serangan itu dilakukan oleh pengebom berani mati yang meletupkan trak yang dipandunya.

“Sekurangnya 100 orang maut dan cedera,” kata ahli majlis wilayah Diyala, Mohammed Jawad al-Hamadani.

Seorang ahli parlimen Baquba, Raad Fares al-Mas berkata, letupan berkenaan sangat kuat dan menyebabkan banyak kenderaan dan bangunan berhampiran rosak.

“Ramai wanita dan kanak-kanak yang terbunuh,” ujarnya.

Rakaman yang disiarkan oleh stesen televisyen Iraq menunjukkan kesan kemusnahan dahsyat letupan berkenaan.

Beberapa bangunan rosak teruk dan terbakar serta serpihan bertaburan sehingga beratus-ratus meter.

Saksi berkata, ramai penduduk yang cedera dan maut bergelimpangan di jalan raya manakala mereka yang terselamat hanya mampu menjerit meminta tolong.

Pasukan penyelamat masih lagi mengeluarkan mayat mangsa yang dihempap sisa kenderaan, enam jam selepas serangan berlaku.

Walaupun Iraq menyambut Aidilfitri kelmarin tetapi majoriti penduduk Khan Bani Saad yang berfahaman Syiah menyambut perayaan itu semalam.

Pasar raya di bandar itu biasanya sibuk dengan orang ramai yang membeli makanan dan pakaian sempena Aidilfitri.

Sementara itu, kumpulan militan Negara Islam dalam satu kenyataan di Internet mengaku melancarkan serangan berkenaan.-AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan