Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tragedi 8 Rentung Saksi Sedih Tak Sempat Alih Tayar

TAPAH: Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat-mayat mangsa yang hangus dalam kemalangan di KM326.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur masuk Tol Tapah di sini hari ini. - Foto BERNAMA
TAPAH: Anggota Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat-mayat mangsa yang hangus dalam kemalangan di KM326.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur masuk Tol Tapah di sini hari ini. – Foto BERNAMA

TAPAH – Seorang pemandu kereta melahirkan rasa sedih dan kesal kerana tidak sempat mengalih tayar yang terletak di atas jalan sehingga menyebabkan kemalangan yang membunuh lapan orang di sini awal pagi tadi.

“Saya sangat terkejut dengan kejadian itu dan berasa sedih kerana niat asal saya ialah mahu mengalihkan tayar tersebut bagi mengelak kemalangan, namun sebaliknya saya melihat sendiri kemalangan ngeri di hadapan mata saya,” kata Parvinder Singh, 35.

Parvinder menceritakan tentang kemalangan yang berlaku di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Tol Tapah kira-kira 1.15 pagi yang mengakibatkan lapan orang termasuk pemandu sebuah bas persiaran maut.

Bas berkenaan yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju Genting Highlands dilapor cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sehingga menyebabkannya terbabas ke dalam parit dan terbakar.

Sebanyak 22 penumpangnya turut cedera.

Parvinder berkata beliau dalam perjalanan untuk pulang ke Gopeng dan mahu melakukan Pusingan U di Tapah apabila terlihat sebiji tayar lori di tengah jalan dan terfikir untuk mengalihkannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Ketika saya berada di bahu jalan untuk mengawal lalu-lintas sebelum mengalihkan tayar tersebut, tiba-tiba datang sebuah bas melanggar tayar itu sehingga menyebabkan ia terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pula kereta saya yang diletak kira-kira 100 meter dari situ,” kata peronda ‘bengkel bergerak’ ini.

Beliau berkata akibat kejadian itu, api terus marak dan membakar bas persiaran terbabit dan keretanya.

Ketika itu beliau sedang menghubungi pihak PLUS untuk mendapat bantuan.

Parvinder berkata beliau sempat menolong mengeluarkan lima mangsa dari bawah bas.

“Saya mendengar ramai orang menjerit meminta tolong, tapi saya tidak mampu hendak menolong semua mereka,” katanya.

Beliau turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan