Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tradisi rumah terbuka kukuhkan perpaduan-Hamisa

12:55pm 11/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Tempatan
HAMISA melayan tetamu yang datang ke majlis Rumah Terbuka beliau di Tawau di sini hari ini

HAMISA melayan tetamu yang datang ke majlis Rumah Terbuka beliau di Tawau di sini hari ini

TAWAU- Tradisi rumah terbuka merupakan salah satu petua yang mampu mengeratkan perpaduan serta mengikis sikap prejudis antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat

“Aidilfitri ini bukan untuk diraikan oleh umat Islam sahaja. Sebenarnya ia sudah menjadi budaya bahawa Hari Raya ini disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan beragama Islam, katanya sempena Rumah Terbuka beliau di Tawau di sini hari ini.

Beliau turut menyeru masyarakat setempat perlu komited memperkukuhkan kemakmuran dan keamanan negara tanpa wujud ruang perpecahan yang boleh dieksploitasi golongan yang cuba mengambil kesempatan menghancurkan negara.

Jelasnya, keamanan yang dinikmati rakyat daripada pelbagai etnik dan fahaman agama bukannya datang secara bergolek namun merupakan hasil kebijaksanaan pemimpin menerajui negara.

Sehubungan itu, majlis tersebut mendapat sambutan yang meriah daripada masyarakat setempat. Lebih kurang 2,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka itu.

Turut hadir Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali dan isteri Speaker Datin Noraini Habib, Menteri Pembangunan Madyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, Adun Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho. Presiden MPT Alijus Sipil serta pemimpin masyarakat . -SayangSabah

20160711_113651_resized

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan