Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TPPA tidak akan menjejaskan keistimewaan peniaga bumiputera dalam sektor ekonomi- Raymond

6:05pm 18/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 24 views Laporan Sidang DUN,Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Dari kiri Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Dari kiri Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) tidak akan menjejaskan keistimewaan dan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu
Kiah.

Raymond yang juga merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian berkata perlaksanaan agenda bumiputera tidak akan tergugat dan keistimewaan kepada Bumiputera masih dapat dikekalkan.

“Kerajaan Malaysia masih boleh melaksanakan dan memperkasakan agenda pembangunan ekonomi bumiputera samada berkaitan pemilikan ekuiti Bumiputera di dalam pelbagai sektor mahupun sektor perniagaan
kecil-kecilan,”katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri, disini, hari ini (18 April 2016, Isnin).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Sindumin, Datuk Haji Ahmad Haji Bujang yang bertanyakan mengenai jaminan kepada peniaga kecil bumiputera dari segi peluang bersaing dengan syarikat
gergasi global.

Tambahnya, terdapat beberapa kelonggaran dan pengecualian bagi perolehan kerajaan khusus untuk negara- negara ahli TPPA iaitu 30 peratus daripada nilai kontrak akan diberikan kepada kontraktor
Bumiputera.

Selain itu, keutamaan harga kepada pembekal dan pembuat Bumiputera dalam perolehan bekalan dan perkhidmatan akan dikekalkan serta had nilai perolehan dan tempoh peralihan yang panjang bagi perolehan
kerajaan.

“Ini bermakna kerajaan diberikan hak untuk menetapkan had nilai perolehan dan mengehadkan kepada syarikat tempatan sahaja,”katanya.

Disamping itu, katanya, para pengusaha dan peniaga tempatan bakal menikmati liberalisasi tarif menerusi perjanjian TPPA itu seperti pemansuhan hamper 4,000 tarif termasuk produk yang mana Malaysia
mempunyai kepentingan eksport seperti tekstil dan pakaian, produk elektrik dan elektronik, produk kimia dan petrokimia,produk berasakan kayu- kayan, produk makanan dan produk berasaskan getah. Elezebeth
Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan