Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TPPA dijangka beri manfaat ahli perniagaan di Sabah

5:32pm 23/11/2015 Dewiana Tinggolongon 49 views Laporan Sidang DUN

 

Datuk Raymond Tan Shu Kiah

Datuk Raymond Tan Shu Kiah

KOTA KINABALU- ‘Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik’ (TPPA) dijangka memberi manfaat kepada pengeksport atau ahli perniagaan di Sabah melalui hasil pembukaan pasaran dari segi pilihan barangan dan perkhidmatan yang jauh lebih kompetitif.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata TPPA menyediakan akses pasaran tiada duti import ke negara TPP termasukah eksport petroleum, produk sawit, methanol dan papan lapis.

“Dari segi cabaran malaysia akan menghadapi persaingan daripada import yang lebih kompetitif  dan dijangkakan TPPA memberi kesan kecil kerana pasaran Malaysia terbuka.

“Di bawah FTA yang sedia ada , duti import bagi lebih 90 peratus produk masuk Malaysia telah dimansuhkan, disamping duti import bagi 65 peratus produk dibawah MFN juga dimansuhkan,” katanya dalam sidang di Dewan Undangan negeri disini hari ini (Isnin).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Alamin (UMNO Bongawan) yang ingin tahu mengenai kesan secara langsng TPPA kepada ekonomi Kerajaan Negeri Sabah sekiranya ia dilaksanakan kelak.

Menurutnya, TPPA menyediakan akses pasaran dengan layanan istemewa kepada 12 negara yang terlibat dalam rundingan bersama Australia,Brunei, Singapore , Amerika Syarikat dan Vietnam.

Katanya, jumlah penduduk bagi 12 negara itu mencecah 800 juta penduduk dan merupakan 40 peratus pengeluaran dunia.

“Keutamaan TPPA adalah menyediakan pasaran bebas cukai di empat negara di mana Malaysia masih mempunyai FTA: Kanada Maxico, Peru dan Amerika Syarikat.

“Melalui penyertaan ini Malaysia akan meningkatkan penyertaan dalam rangkaian bekalan global dan serantau serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan secara langsung,” ujarnya.

Tambahnya, melalui TPPA ia akan menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan hasil negara, meningkatkan bina upaya dan menyumbang kepada pembangunan.

Walaubagimanapun, beliau berkata pihak kerajaan siap sedia menghadapi cabaran yang bakal dihadapi.

Pelbagai program pembinaan kapasiti dan bantuan sedia ada akan terus dipertingkatkan untuk membantu syarikat-syarikat tempatan untuk menghadapi cabaran dan merebut peluang melalui TPPA.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi menangani kebimbangan industri kecil dan sederhana (IKS) dan peniaga-peniaga Bumiputera, kerajaan telah mengambil langkah untuk menanganinya.

Katanya, antara langkah yang dilakukan dengan merundingkan tempoh transisi yang lebih panjang dalam proses liberalisasi untuk membolehkan IKS menyesuaikan diri dengan persaingan yang bakal meningkat.

Selain itu melalui penetapan nilai yang lebih tinggi dalam perolehan kerajaan dan pengecualian bagi bidang perolehan kerajaan dan pengecualian bagi bidang perolehan kerajaan di mana sejumlah projek akan dikhususkan dibuka untuk IKS malaysia dan peniaga Bumiputera.- Oleh Dewiana Tinggolongon / Sayangsabah.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan