Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TPM SINGAPURA TIBA DI KOTA KINABALU UNTUK LAWATAN KERJA TIGA HARI

Teo (tengah) bersama Christina (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU, 7 Sept(Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean tiba di Kota Kinabalu bagi lawatan kerja tiga hari ke Sabah.

Ketibaan beliau dan isteri, Chew Poh Yin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada kira-kira 2.05 petang tadi disambut Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew.

Petang ini, Teo dijangka menghadiri sesi taklimat berhubung industri pelancongan Sabah di sebuah hotel di sini oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan pada sebelah malam, beliau akan dirai pada majlis makan malam negeri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Teo (kanan) bersama isterinya, Chew Poh Yin (kiri). Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Seterusnya, Teo dijadualkan mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada pagi esok sebelum melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Sepanggar pada sebelah petang.

Beliau dijangka berlepas pulang ke Singapura pada pagi, 9 Sept.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan