Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TPM Singapura menghadap TYT Sabah di Istana Negeri

Teo menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar semasa kunjungan hormat di Istana Negeri hari ini. Gambar Bernama

KOTA KINABALU, 8 Sept (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean tiba di Istana Negeri di sini untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Teo bersama isteri, Chew Poh Yim tiba di istana pada 10 pagi dengan disambut Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri Abinan Asli.

Pertemuan hampir sejam itu diadakan sempena lawatan kerja tiga hari Teo ke negeri di bawah bayu yang bermula pada Jumaat.

Pada sebelah petang hari ini, Teo dijadual melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar sebelum berlepas pulang ke Singapura pada Ahad, 9 Sept.

Semalam, Teo telah menghadiri taklimat berhubung industri pelancongan di Sabah di sebuah hotel di sini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan