Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TPM puji kecekapan Sabah tangani bencana banjir

BEAUFORT – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji kecekapan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dalam menangani masalah banjir di negeri ini.

Beliau berpuas hati dengan tindakan pantas JKN, yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dan MKN negeri dalam mengendalikan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi membantu mangsa banjir di Sabah sejak lima hari lepas.

“Saya berpuas hati bekalan makanan dan minuman mencukupi, perkhidmatan rawatan kesihatan baik dan bekalan air bersih mencukupi. Tiada sebarang aduan dibuat oleh mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Membakut dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah St Patrick, Membakut dan mendengar taklimat situasi banjir oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shahid Othman.

Turut hadir Musa, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan dan Setiausaha MKN Negeri Rodzi Md Saat.

Daerah Beaufort, Membakut, Tenom, Sipitang dan Papar terjejas akibat banjir sejak Selasa lepas. – Bernama

banjir-sabah-4

Komen


Berita Berkaitan