Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TPM hadiri majlis pemimpin bersama rakyat

Ahmad Zahid bersama pemimpin tertinggi menunjukkan tanda bagus.

MATUNGGONG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Terbuka Matunggong, petang tadi.

Lebih 4,000 rakyat di kawasan sekitar hadir untuk memberi sokongan selain melihat dan mendengar sendiri amanat dari pemimpin kedua tertinggi negara.

Selepas majlis tersebut, beliau turut mengadakan perjumpaan tertutup bersama komponen Barisan Nasional di rumah kediaman Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Kota Marudu, Datuk Wetrom [email protected] M.Fikri Abdullah.

Terdahulu, Ahmad Zahid telah merasmikan Pesta Kalimaran Peringkat Negeri Sabah di Tenom pada sebelah pagi.

Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Pengerusi Barisan Nasional Kota Marudu, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun./Penerangan-

Komen


Berita Berkaitan