Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TPM dijangka rasmi Majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2015

Musa Aman (tengah) bersama rombongan Kementerian  Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang diketuai  Jainab Ahmad kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, Kota Kinabalu. - foto JKM
Musa Aman (tengah) bersama rombongan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang diketuai Jainab Ahmad (tiga dari kanan) kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, Kota Kinabalu. – foto JKM

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad di kediaman rasmi Ketua Menteri, di Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.

Kunjungan itu bertujuan memaklumkan Musa mengenai Majlis Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2015 bakal disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 24 Januari ini.

Jainab berkata, majlis berkenaan dijangka menghimpunkan lebih 2,000 pengerusi Rukun Tetangga dari seluruh negara. Hadir sama dalam lawatan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), L. Gandesan; Timbalannya, Abdul Halim Omar dan Pengarah JPNIN Sabah, Delin Ak Liet Blaun. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan