Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TPK Mix Juara Piala Ketua Hakim Negara Kaiduan 2018

PAPAR: Pasukan TPK Mix muncul juara bergaya pada Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum anjuran Kesatuan Belia Kampung Kaiduan, Bolotikon dan Bisuang di sini, baru-baru ini.

Bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Kaiduan, TPK Mix nyata berada pada kelasnya tersendiri apabila mempamerkan permainan mantap menewaskan KDMK FC 2-0 pada aksi perlawanan akhir.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan pasukan TPK Mix meraih hadiah wang tunai RM2,000, piala iringan, medal dan hadiah utama iaitu piala pusingan kejohanan.

Pasukan itu turut menerima wang tunai RM100 apabila juga dinobatkan sebagai penerima anugerah pasukan terbaik kejohanan.

KDMK FC pula selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM1,500, piala iringan dan medal.

Sementara itu, persaingan merebut tempat ketiga dan keempat antara pasukan M&G FC dan Ovai Megah United turut menampilkan aksi menarik apabila perlawanan seimbang yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Namun tuah lebih memihak kepada M&G FC apabila berjaya untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk menang tipis sekali gus meraih hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan dan medal selaku pemenang tempat ketiga.

Ovai Megah United selaku pemenang tempat keempat menerima hadiah wang tunai RM700, piala iringan dan medal.

Kejohanan itu turut menyaksikan tiga pemain diberi pengiktirafan dengan masing-masing menerima hadiah RM100 atas aksi yang ditonjolkan sepanjang dua hari kejohanan itu berlangsung.

Mereka ialah Clement Calestus (TPK Mix) selaku penjaring terbanyak, Cerry Lawancezoe Sitimin (M&G FC) penjaga gol terbaik, dan Addan Andrew (M&G FC) pemain terbaik.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang juga Penaung Kesatuan Belia Kampung Kaiduan, Bolotikon dan Bisuang.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Calarence Mozes Singah berkata, kejohanan yang dibuka kepada penyertaan 24 pasukan terawal itu mendapat sambutan memberangsangkan dari pasukan bola sepak seluruh Sabah.

“Beberapa pemain yang bermain di Liga FAM dan bekas pemain Piala Presiden dan KDM Sabah turut mewarnai kejohanan pada kali ini.

“Justeru, penganjuran kejohanan ini dilihat berjaya mencapai objektifnya iaitu bukan setakat menganjurkan sukan bola sepak, tetapi juga mempromosikan kampung ini agar dapat membuka mata pemimpin tempatan supaya kampung Kaiduan, Bisuang dan Bolotikon tidak ketinggalan dari segi pembangunan dan infrastruktur,” katanya./SayangSabah


Tan Sri Richard (tengah) menyampaikan Piala Pusingan Kejohanan bersama TPK Mix .

Komen


Berita Berkaitan