Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Toyota musnah terbakar

TUARAN:Sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard musnah selepas terbakar dalam satu kejadian yang berlaku di Jalan Simpangan Kampung Simpangan, di sini pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 11.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 10 kilometer itu pada jam 11.22 pagi.

Menurut pihak bomba, anggota bomba telah menggunakan satu aliran 200’1 pancutan dengan mendapatkn sumber air dari tangki jentera untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Surin Sipang bersama enam orang anggota itu berjaya dikawal pada 11.32 pagi dan tamat pada jam 11.50 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan