Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Touch Sensor Switch bawa tuah buat SMK Bandaraya

Waldo Michael, Elsie Marianne Wilfred, Ainelly Ajuin, dan guru Nurul Hafiza Pauzi dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu bersama rekaan mereka yang dipanggil "Touch Sensor Switch". Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Waldo Michael, Elsie Marianne Wilfred, Ainelly Ajuin, dan guru Nurul Hafiza Pauzi dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu bersama rekaan mereka yang dipanggil “Touch Sensor Switch”. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Reka ciptaan dikenali sebagai Touch Sensor Switch, nyata membawa tuah buat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya yang diwakili oleh Waldo Michael, Elsie Marianne Wilfred dan Ainelly Ajuin.

Ini kerana, hasil inovasi dan gabungan idea mereka membolehkan ketiga-tiga anak muda ini muncul pemenang utama Anugerah Harta Intelek Negara peringkat negeri pada tahun ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Walco Michael berkata, idea menghasilkan Touch Sensor Switch tercetus apabila mereka mendapati suis elektrik yang digunakan ketika ini tidak mesra alam.

“Kami dapati suis biasa tidak mesra alam kerana apabila tangan kita basah semasa membuka suis akan terkena renjatan elektrik, jadi kami mencipta produk ini untuk keselamatan semua pengguna,” katanya.

Walco menambah, sebagai persiapan kumpulan itu mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan, mereka akan membaiki serta menambah baik produk tersebut agar lebih sensitif kepada pengguna.

Untuk perancangan jangka masa panjang pula, katanya, mereka berharap agar dapat memasarkan produk itu kepada semua pengguna di Malaysia. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan