Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Top up’ tak kena SST mulai esok

gambar hiasan

 

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng sudah mengarahkan supaya perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang dibekalkan oleh syarikat telekomunikasi kepada pelanggan warga negara Malaysia dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, ini adalah perlu untuk mengatasi masalah daripada syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera.

“Kaedah lain akan diumumkan kemudian untuk syarikat telekomunikasi agar kerajaan tidak kerugian dalam usaha untuk memastikan pelanggan mendapat nilai penuh untuk bayaran yang dibuat.

“Pengecualian ini adalah berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan berkuatkuasa mulai 6 September 2018.

“Melalui pengecualian ini, pelanggan perkhidmatan telekomunikasi prabayar akan mendapat nilai kredit sepenuhnya apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera dalam mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan ini. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan