Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tony Pua Jumpa Azmin: Nasib Pas Belum Selamat?

azmin-tony-pua-dap-pkr

SHAH ALAM – Nampak gaya, ramai begitu teruja dan tertunggu-tunggu kemungkinan ada berita besar hasil pertemuan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua di sini pada Selasa.

Ia lebih fokus mengenai isu status kedudukan kerajaan negeri ekoran krisis Pas-DAP, namun tiada apa-apa keputusan dicapai dalam pertemuan selama 30 minit di pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam itu.

Portal berita AgendaDaily melaporkan, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu ketika ditemui wartawan selepas pertemuan berkata, mereka akan buat pertemuan lanjut selepas Hari Raya Puasa nanti.

Ujarnya, mereka turut ada sentuh mengenai kedudukan rasmi Pas menerusi pertemuan tersebut tetapi tiada keputusan dibuat sebaliknya, Tony Pua berkata DAP tiada masalah dengan Azmin kekal sebagai Menteri Besar.

Beliau bagaimanapun menjelaskan perbincangan tersebut juga tiada kena mengena dengan status jawatan exco yang dipegang wakil Pas dan katanya ia lebih fokus kepada pentadbiran kerajaan negeri berkenaan.

Ironi, akhbar berbahasa Inggeris popular, The Star pula melaporkan sebaliknya apabila sumber DAP dipetik sebagai berkata, pertemuan dengan Azmin menjelaskan gabungan Pakatan Rakyat itu sudah pun dimansuhkan.

Justeru, wakil-wakil DAP dalam pertemuan Tony Pua dengan Azmin memberitahu, mereka perlu membuat satu lagi bentuk perjanjian politik baharu antara PKR, DAP dan Pas untuk bekerja sebagai satu gabungan formal.

Ini kerana ketika DAP pada 16 Jun secara muktamad mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah dibubarkan, tetapi Azmin, malah PKR dan Pas masih berdolak-dalik menegaskan gabungan longgar tiga parti itu masih wujud pula.

“Apa yang jelas, satu keputusan rasmi perlu segera dibuat bagi mengesahkan sama ada masih lagi wujud kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor atau sekadar sebuah kerajaan campuran parti-parti tertentu,” kata sumber DAP itu.

Pertemuan dua tokoh tersebut turut dianggap amat ‘panas’ dan sensitif apabila dihadiri beberapa lagi pemimpin DAP Selangor iaitu Gobind Singh Deo, Hannah Yeoh, Datuk Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah.

PKR pula diwakili Zuraida Kamaruddin, N. Surendran, Dr. Xavier Jayakumar dan Hee Loy Sian. Ironi, tiada wakil Pas malah setakat ini belum ada lagi pertemuan rasmi PKR dengan Pas sebagaimana antara PKR dengan DAP!

Kerajaan Selangor ketika ini dianggotai wakil PKR dengan 13 kerusi, Pas 15 dan DAP 15. Manakala Pas kini ada tiga Exco, PKR empat dan DAP pula hanya tiga. BN sebagai pembangkang ada 12 kerusi dan 1 lagi wakil Bebas.

DAP dikatakan mahu komposisi Exco diubah setelah mereka secara sebelah pihak tanpa pengetahuan PKR dan Pas mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah mati ekoran usul Dewan Ulama Pas mahu putus hubungan dengan DAP.

Sesuatu yang cuba disembunyikan pemimpin tiga parti anti-BN itu ialah Pakatan Rakyat sejak ditubuhkan pada 2008 lalu tidak pernah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah organisasi sah dengan Pendaftar Pertubuhan.

Menurut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966, tindakan mempromosikan sesebuah organisasi tidak berdaftar atau berstatus haram adalah satu kesalahan yang boleh dihukum penjara dan didenda. – Agensi/Mynewshub/HAA

Komen


Berita Berkaitan