Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tony Fernandes Sedia Jadi Presiden FAM

9:10pm 09/09/2016 Pak Roshan 513 views Mutakhir,Sukan
Tony Fernandes

Tony Fernandes

Kuala Lumpur, 9 Sep – Pemilik kelab bola sepak Queens Park Rangers, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez, sedia mempertimbangkan untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata kesediannya semasa temu bual bersama Astro Arena pada Majlis Penghargaan Hero-Hero Olimpik Rio di Bangkok pada Jumaat.

Jika mereka (FAM) mahu, saya akan pertimbangkan,” jelasnya.

Jawatan Presiden FAM kini dipangku oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mana akan meletak jawatan pada Kongres FAM tahun depan.

Tengku Abdullah memenangi kerusi tersebut pada Kongres FAM 2014 selepas meraih 27 undian dan menewaskan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memenangi 12 undian ketika itu.

Tony Fernandez menjadi individu yang pertama meluahkan kesediaannya untuk mengambil alih posisi tersebut untuk penggal akan datang.

Sebelum ini, jawatan tersebut dikaitkan dengan Tunku Ismail namun beliau menolak untuk menjadi peneraju FAM itu.

Menurut Astro Arena, Fernandes menyatakan hasrat untuk lebih melibatkan diri dalam dunia sukan selepas ini.

Jelasnya, beliau begitu kagum dengan  pencapaian luar biasa dua atlet pada temasya Rio, iaitu pelumba trek berbasikal negara Azizulhasni Awang dan perenang Singapura, Joseph Schooling.

Mereka memberi inspirasi kepada saya untuk mencapai sesuatu yang lebih besar,” katanya.

Sumber : mStar

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan