Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tony Fernandes Akui Pesawat D7172 Ada Masalah Teknikal

aa

Pesawat AirAsia X D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kerana masalah teknikal.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

“Sebuah peralatan auto-thrust tidak berfungsi dengan baik, sebenarnya ia masih boleh meneruskan penerbangan tetapi lebih baik kami meminta pesawat itu berpatah balik ke KLIA2.

“Tiada kejadian yang luar biasa berlaku,” kata Tony kepada AFP dalam satu khidmat mesej teks.

Pesawat jenis A330 itu sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah tetapi kemudian dilihat terbang dalam bentuk pusingan di Selat Melaka dan membuang bahan bakarnya untuk kembali mendarat.

Tony menganggap perkara itu sebagai satu isu kecil dan mengesahkan pesawat berkenaan sudah pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pada Disember lepas, sebuah pesawat AirAsia Indonesia terhempas ke Laut Jawa membunuh kesemua 162 penumpang yang berada di dalamnya ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Pesawat berkenaan QZ8501 dipercayai terhempas kerana menghadapi cuaca buruk ketika penerbangan.

– MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan