Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tong sampah DBKK jadi tumpuan

Gembira setelah mendapat kasut baru
Gembira setelah mendapat kasut baru

KOTA KINABALU :Pusat pengumpulan sampah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Sembulan menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan kasut baru percuma hari ini.

Kejadian tersebut terjadi berikutan penemuan kotak-kotak yang berisi kasut di dalam tong pusat pengumpulan sampah tersebut.

Kakitangan pembersihan DBKK, Azizah Daud, 53, berkata, usahanya menegah orang ramai tidak berhasil kerana mereka terlalu asyik menyelongkar tong sampah tersebut.

“Saya ingin menasihatkan kepada pihak yang ingin melupuskan sisa pepejal dalam kuantiti yang banyak agar mendapatkan permit terlebih dahulu daripada pihak DBKK.”

“Pihak yang bertanggungjawab sepatutnya menggunakan tapak pelupusan sampah Kayu Madang di Telipok dan bukannya menggunakan tong sampah yang dikhaskan untuk kegunaan umum,” tambahnya lagi.

Kasut-kasut berkenaan dipercayai dibuang oleh pemilik gudang berhampiran ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Menyedari masalah itu, pemilik gudang tersebut yang ditemui bersama kakitangan DBKK berjanji akan membersihkan kasut-kasut yang berselerakan dan mematuhi prosedur pelupusan sampah yang sepatutnya. : Oleh Sukri Sarin/ SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan