Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tong Ekobin ke arah menjadikan taman-taman awam sebagai taman kitar semula

KOTA KINABALU: Sumbangan 400 buah Tong Ekobin untuk kegunaan 14 taman terpilih di sekitar kota kinabalu merupakan satu permulaan

Datuk Abidin bersama Datuk David Yap, Bahari Haji Hassan dan Datuk Joniston mendemontrasikan Tong Ekobin
Datuk Abidin bersama Datuk David Yap, Bahari Haji Hassan dan Datuk Joniston mendemontrasikan Tong Ekobin

.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyerahan Tong Ekobin oleh Astro di Taman Awam Teluk Likas pagi tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga akan mengisytiharkan taman-taman awam di bawah jagaan DBKK sebagai Taman Kitar Semula tidak lama lagi.

“Saya berharap melalui penyerahan Tong Ekobin ini, masyarakat akan lebih bertanggungjawab dan berkerjasama untuk menjaga kebersihan taman dan pantai ke arah menjadikan taman di negeri ini sebagai taman kitar semula, “katanya.

Program tersebut juga mendapat penyertaan dari lebih 1,000 orang sukarelawan yang terdiri dari pelajar-pelajar kolej dan universiti tempatan yang mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan Teluk Likas. –Oleh Leolerry Lajius/ Sayang Sabah

 

Komen


Berita Berkaitan