Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tom silap sendiri

tom

KUALA LUMPUR: “Saya memang akan selesaikan benda ini. Cuma sebelum ini saya tak dimaklumkan apa-apa sebab ia cerita lama,” kata penyanyi Tom berhubung perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Rendah Syariah Cameron Highlands, Pahang dekat sini yang masih tertangguh sejak empat tahun kerana dia gagal dijejaki.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 27, berkata, dia terkejut dikatakan melarikan diri dan gagal dijejaki bagi proses perbicaraan kes khalwat yang tertangguh sejak empat tahun lalu.

“Saya terkejut sebab selama ini tak tahu apa-apa perkembangannya dan saya akui mungkin silap sendiri sebab ambil mudah kes itu dan sibuk bekerja. Silap saya juga sebab dah bertukar nombor dan alamat rumah jadi pihak mahkamah tak dapat menghubungi saya,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.

Isu terbaru ini timbul berikutan sumber mahkamah mendakwa juara program MyStarz LG musim ketiga itu dikehendaki mahkamah terbabit untuk proses perbicaraan kes khalwat yang berlaku empat tahun lalu.

Tom ditangkap berkhalwat dengan bekas teman lelakinya di sebuah hotel di Brinchang jam 1.13 pagi pada 30 Oktober 2010.

Komen


Berita Berkaitan