Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tolong rakam gambar

9:55am 21/02/2016 Pak Roshan 44 views Global
GAMBAR menunjukkan seorang lelaki menjadikan seorang jururawat sebagai tebusan di sebuah hospital di Nanjing, China.

GAMBAR menunjukkan seorang lelaki menjadikan seorang jururawat sebagai tebusan di sebuah hospital di Nanjing, China.

Nanjing, China: Seorang jururawat di sebuah hospital di sini merayu meminta pertolongan selepas seorang pesakit bersenjatakan pisau mengamuk dan menjadikannya sebagai tebusan.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, lelaki berkenaan yang menerima rawatan tiba-tiba merangkul jururawat itu dan terus meletakkan pisau di leher mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan menangis dan merayu orang ramai supaya membantunya.

Malangnya, orang ramai yang berada di hospital itu langsung tidak cuba membantu sebaliknya mereka segera mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam gambar serta video kejadian berkenaan.

Lebih menyedihkan, jururawat itu dijadikan tebusan selama beberapa minit dan tiada siapa yang menghubungi polis. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan