Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Toleransi 37 etnik kunci perpaduan rakyat Sabah

Sapawi Ahmad (tengah) memukul gendang sebagai simbolik perasmian Pesta Ang Pau Peringkat Parlimen Sipitang yang diadakan di Dewan Serbaguna, Sipitang. - foto Aryan De Vera
Sapawi Ahmad (tengah) memukul gendang sebagai simbolik perasmian Pesta Ang Pau Peringkat Parlimen Sipitang yang diadakan di Dewan Serbaguna, Sipitang. – foto Aryan De Vera

SIPITANG – Sabah merupakan contoh terbaik kepada keharmonian antara masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini meskipun mempunyai lebih 37 suku kaum serta etnik.

Ini terbukti, jelas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, kunci kepada kemakmuran itu adalah semangat toleransi yang menjadi teras kepada kehidupan masyarakat di negeri ini sejak dahulu lagi.

Katanya, nilai murni itu juga menjadikan Sabah unik kerana walaupun berlainan kaum dan kepercayaan namun rakyat negeri ini sentiasa menghormati sensitiviti penganut agama lain yang merupakan tonggak penting kemakmuran negara.

“Inilah keistimewaan Sabah yang sentiasa mengutamakan semangat toleransi sebagai kunci keharmonian seluruh masyarakat untuk terus hidup bermuafakat sebagai satu keluarga harmoni.

“Perkara ini juga disebabkan usaha berterusan kerajaan dan pemimpin yang sentiasa menerapkan budaya saling menghormati di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini. Justeru, kelebihan ini harus dipertahankan dan dijadikan sebagai asas kukuh untuk terus mengekalkan kemakmuran,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Ang Pau 2015 Peringkat Daerah Sipitang di Dewan Serbaguna, di sini hari ini.

Kira-kira 300 penduduk terdiri daripada pelbagai masyarakat dalam daerah ini hadir memeriahkan majlis tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua sempena sambutan Tahun Baru Cina. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan