Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tolak lamaran cincin kecil

8:59am 21/12/2015 Pak Roshan 1106 views Global
LELAKI itu menunjukkan cincin yang hendak diberikan kepada kekasihnya sebelum wanita itu pusing dan meninggalkan tempat berkenaan.

LELAKI itu menunjukkan cincin yang hendak diberikan kepada kekasihnya sebelum wanita itu pusing dan meninggalkan tempat berkenaan.

Sichuan: Hasrat seorang lelaki melamar kekasihnya gagal apabila wanita itu tidak berpuas hati dengan cincin perkahwinan yang ditawarkan kepadanya.

Menurut laporan portal berita NetEase, lelaki itu mengaturkan ‘flash mob’ di jalan raya di Chengdu. Selepas penari itu mengakhiri persembahan mereka, lelaki itu melutut di depan kekasihnya untuk melamarnya, sambil menunjukkan sebentuk cincin.

Wanita itu mulanya kelihatan terharu sehingga menangis.

Bagaimanapun, apabila melihat cincin itu, keadaannya berubah. Dia pusing lalu meninggalkan tempat itu tanpa berkata apa-apa.

Gambar paparan skrin Wechat yang didakwa perbualannya dengan seorang rakan kemudian tersebar di Internet.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan