Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tolak golongan ekstremis

Radin Malih dan tetamu jemputan menyampaikan angpow kepada kanak-kanak. - foto Kalawon Sawing
Radin Malleh dan tetamu jemputan menyampaikan angpow kepada kanak-kanak. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Perpaduan dan keharmonian yang sedia wujud di kalangan rakyat berbilang kaum sejak berdekad lalu harus dipelihara demi kesinambungan pembangunan negeri dan kesejahteraan hidup generasi baharu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, rakyat berbilang kaum di negeri ini harus bijak menilai dan menolak golongan ekstremis yang mencampuradukkan politik, agama dan budaya demi kepentingan mereka.

Katanya, kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu atau kumpulan ekstremis yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sehingga boleh menjejaskan perpaduan, keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam di Sabah.

Radin Malleh bersama tetamu jemputan memalu gendang Cina di majlis itu. - foto Kalawon Sawing
Radin Malleh bersama tetamu jemputan memalu gendang Cina di majlis itu. – foto Kalawon Sawing

“Kestabilan politik dan perpaduan rakyat membolehkan kerajaan menumpukan usaha bagi melaksana pelbagai program pembangunan,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Tarian Naga Unicorn dan Singa sempena perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Tenom di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, di sini hari ini.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang mengamalkan langkah berjimat cermat, kerajaan akan terus melaksanakan program transformasi sosioekonomi demi kemajuan negara dan kesejahteraan hidup rakyat.

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan sentiasa mengalu-alukan penyertaan dan maklum balas rakyat berbilang kaum terutamanya kaum Cina terhadap perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan