Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tolak golongan cuba porak perandakan negara

 

Seruji (tiga dari kanan) melayan tetamu yang hadir.
Seruji (tiga dari kanan) melayan tetamu yang hadir.

 

KOTA KINABALU – Budaya kunjung mengunjungi yang diamalkan dalam musim perayaan perlu disemarakkan lagi bagi meningkatkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.

 

Demikian saranan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Seruji Nawawi agar amalan yang sudah menjadi tradisi rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini diteruskan.

 

Sambil mengajak rakyat di negeri ini bersatu, beliau turut menegaskan agar rakyat menolak golongan tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan untuk memporak porandakan keamanan negara.

 

Katanya, golongan berkenaan menggunakan pelbagai kaedah untuk menjatuhkan maruah negara.

 

“Justeru, rakyat perlu bijak menilai sumber maklumat yang diperolehi, lebih-lebih lagi zaman teknologi masa kini, maklumat tidak sahih mudah di sebarkan khususnya melibatkan isu-isu perkauman dan agama,” katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Likas, Kota Kinabalu, di sini hari ini.

 

Sementara itu di rumah terbuka Ketua Wanita UMNO Bahagian Kudat, Datuk Aminah Ambrose berkata, umat Islam di Sabah menyambut Aidilfitri secara sederhana dan penuh kesyukuran dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama mengunjungi majlis rumah terbuka bagi sama-sama berkongsi kegembiraan menyambut kedatangan satu Syawal.

 

Beliau berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum dan agama ke rumah terbuka mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat persaudaraan sesuai konsep 1 Malaysia. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan