Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TOK PA’ TINGGALKAN UMNO

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Jeli dan bekas Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa dalam Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional terdahulu, Datuk Mustapha Mohamed hari ini umum keluar dari Umno setelah berkhidmat selama 40 tahun dalam parti itu.

Mustapha yang turut dikenali sebagai Tok Pa’ berkata keputusan beliau berdasarkan kepada hala tuju yang diambil oleh parti itu pada masa ini yang tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

Dalam kenyataannya, beliau berkata tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

Datuk Mustapha Mohamed. Gambar SNT/Ehsan Wikipedia

“Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, Umno selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata,” katanya.

Menurut beliau, Umno mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain.

“Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia majmuk,” katanya.

Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, kementerian Tok Pa’ telah diambil alih oleh Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking.

Perkembangan terbaru ini menyaksikan jumlah kerusi Umno di Parlimen kini tinggal 50.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan