Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TNS Shell bantu pusat tahfiz

Samsudin bersama pelajar Maahad Tahfiz bergambar kenangan selepas majlis berbuka puasa.
Samsudin bersama pelajar Maahad Tahfiz bergambar kenangan selepas majlis berbuka puasa.

SANDAKAN – Penglibatan sektor swasta dalam membantu pusat-pusat ilmu dan keagamaan seperti sekolah tahfiz bagi mengukuhkan lagi pendidikan dalam kalangan masyarakat setempat amat dialu-alukan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya, penglibatan lebih banyak pihak amat penting bukan sahaja sebagai simbol kepada masyarakat penyayang tetapi menunjukkan perpaduan antara sektor korporat dan orang ramai.

“Bantuan yang diberikan amat penting bagi kita menjayakan agenda pendidikan negara sekali gus tidak membiarkan institusi pendidikan ini kepada kerajaan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Ihya Ramadhan dan Penyampaian Sumbangan Syarikat TNS Shell Station kepada Maahad Tahfiz Al Quran Wassunnah (MTQS) di Sandakan, di sini semalam.

Samsudin berkata, maahad tahfiz tersebut telah berjaya menunjukkan pencapaian yang membanggakan termasuk kejayaan menghantar para pelajarnya melanjutkan pengajian di Mesir dan Kuala Lumpur.

Katanya, pencapaian itu datang daripada kesungguhan dan komitmen semua pihak khususnya para pelajar itu sendiri dalam melengkapkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang masing-masing. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan