Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TMJ serius jaga kebajikan pasukan Liga M

KOTA KINABALU: Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencairkan deposit tetapnya berjumlah RM9 juta membuktikan betapa presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serius menjadikan kebajikan setiap pasukan Liga Malaysia (Liga Malaysia) sebagai keutamaannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal berkata tindakan itu juga dilihat sebagai keberanian untuk mencuba sesuatu berbeza sebagai langkah terbaik membantu pasukan menyelesaikan beban kewangan dihadapi mereka.

Malah, Subahan yang juga Timbalan Presiden FAM itu turut mengakui hutang geran tahunan bernilai RM500,000 itu sebagai satu bantuan yang besar terutamanya selepas FAS tidak mendapat dana daripada kerajaan negeri pada awal musim lalu.

“Penyerahan geran tahunan ini sememangnya akan digunakan sepenuhnya bagi menyelesaikan tunggakan gaji yang ditinggalkan pengurusan terdahulu.

“Walaupun ia sepatutnya perlu diselesaikan pengurusan sebelum ini, namun saya mengambil tanggungjawab sebagai Presiden FAS supaya pemain mendapat haknya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

BH Sukan semalam melaporkan badan induk bola sepak negara itu terpaksa mencairkan deposit tetapnya berjumlah RM9 juta bagi membayar hutang geran tahunan seperti dijanjikan kepada semua 24 pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).

Tunku Ismail dilaporkan berkata, meskipun kedudukan kewangan badan induk itu kurang memuaskan, namun hutang itu perlu dilunaskan dengan pembayaran dijangka akan dibuat minggu hadapan.

Dalam masa sama, Subahan turut menuntut semua pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji supaya dapat menyelesaikan isu terbabit dalam tempoh yang sudah dinyatakan.

“FAM sudah menjelaskan hutang kepada mereka jadi kalau mereka tidak dapat menyelesaikan masalah itu, itu salah mereka dan mereka perlu bertanggungjawab,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan