Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TLDM syor dasar ‘tembak pada penglihatan’ dibenar kekang penceroboh di Sabah

tldm2

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencadangkan pasukan keselamatan dibenarkan ‘shoot on sight’ terhadap mana-mana kumpulan mencurigakan yang memasuki perairan Sabah, sebagai usaha menghalang pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina ke negara ini.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, peraturan atau undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan ‘shoot on sight’ (menembak pada penglihatan) sehingga menghalang pasukan keselamatan seperti TLDM untuk membanteras kumpulan berkenaan secara tuntas.

“Sudah tiba masanya Peguam Negara memikirkan perkara ini, bagi memudahkan pengurusan keselamatan di pantai timur Sabah.

“Jika tidak, mereka (kumpulan pengganas) akan sentiasa berjaya melepaskan diri,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut di sini sebentar tadi. Panglima Bantuan,

Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dilantik sebagai Panglima Armada yang baru menggantikan Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A Rashid yang bersara wajib.

Mohamad Roslan turut memangku jawatan Panglima Bantuan sehingga penggantinya dipilih.

Komen


Berita Berkaitan