Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TLDM setanding dengan angkatan laut bertaraf dunia

Pengunjung berpeluang menaiki bot tempur TLDM.-Gambar Oleh Alex Mairin
Pengunjung berpeluang menaiki bot tempur TLDM.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu telah berjaya mencapai status tentera laut samudera atau The Blue Water Navy yang setanding dengan angkatan laut bertaraf dunia yang lain.

TLDM juga dalam proses mentransformasikan keupayaan armada TLDM, berdasarkan teras pucuk pimpinan Panglima Tentera Laut Laksamana Dato’  Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Bin Hj. Ahmad Badaruddin.

Menurut  Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, kemajuan pembangunan dan pemodenan yang telah dicapai oleh TLDM sehingga kini adalah sangat memberangsangkan dengan memiliki keupayaan yang disegani dalam ketiga-tiga dimensi peperangan maritim.

“Kesiagaan yang ditunjukkan oleh TLDM terutamanya di negeri ini, membuktikan bahawa melindungi kedaulatan dan kepentingan maritim negara adalah merupakan misi utama TLDM,”katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Armada 2016, di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, hari ini.

suasana pangkalan TLDM sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
suasana pangkalan TLDM sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Menurut Jainab lagi, majlis seumpama itu juga dapat memberikan peluang kepada masyarakat untuk melihat dengan lebih dekat lagi aset yang dimiliki oleh TLDM.

“Melalui program seumpama ini, secara tidak langsung ia juga dapat menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang tentera laut di masa hadapan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab (tengah) merasmikan hari TLDM bersama dengan panglima TLDM.-Gambar Oleh Alex Mairin.
Jainab (tengah) merasmikan hari TLDM bersama dengan panglima TLDM.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Komen


Berita Berkaitan