Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TLDM serah cadangan SOP tembak penceroboh

tldm

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah menyerahkan cadangan

berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi melepaskan tembakan ke arah bot penceroboh

yang memasuki perairan negara, khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata cadangan SOP itu diserahkan kepada

kerajaan untuk dipertimbangkan bertujuan memperkemas dan meningkatkan keberkesanan operasi

membanteras pencerobohan di perairan berkenaan.

Beliau berkata, tindakan melepaskan tembakan akan dilakukan mengikut keperluan dan

kebijaksanaan anggota TLDM bagi memastikan penjenayah yang mengancam keselamatan negara

tidak terlepas begitu saja.

“Sebelum ini kita ada minta kebenaran untuk menembak bot penceroboh dan kita sudah

menghantar cadangan SOP mengenainya sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan itu dalam

operasi menjaga perairan negara.

“Ia perlu kerana kita tidak mahu hanya melihat bot penceroboh melarikan diri tanpa apa-apa

tindakan,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kapal Selam Asia Pasifik

(APSC), di sini, sebentar tadi.

Julai lalu, Abdul Aziz dilaporkan meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan

menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan ESSZONE, susulan

beberapa insiden termasuk penculikan serta serangan hendap dilakukan kumpulan bersenjata dari

selatan Filipina.

Komen


Berita Berkaitan