Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TLDM menstruktur semula armada 

LAKSAMANA Ahmad Kamarulzaman (kanan) menerima plak nama kapal sebagai simbolik Pelucutan Tauliah Kapal KTD KEPAH
LAKSAMANA Ahmad Kamarulzaman (kanan) menerima plak nama kapal sebagai simbolik Pelucutan Tauliah Kapal KTD KEPAH

SEPANGGAR- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam usaha menstruktur semula armadanya kepada dua armada iaitu Armada Timur dan Armada Barat.

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pelan transformasi kerajaan tersebut secara tidak lansung akan mengukuhkan dan memantapkan keselamatan perairan di Malaysia Timur khususnya di Sabah agar sentiasa berada di landasan yang baik. 

“Buat masa ini, armada TLDM terletak di Lumut, Perak. Melalui penstrukturan semula ini, ia akan mewujudkan Armada Timur yang akan berpangkalan di Sepanggar… Ia (penstrukturan semula armada) akan dilaksanakan pada bulan April, tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Majlis Pelucutan Tauliah Kapal Tunda Diraja (KTD) KEPAH, dekat sini, hari ini. 

Menurut beliau, TLDM juga akan mewujudkan sebuah Markas Wilayah Laut 4 yang akan berpangkalan di Bintulu, Sarawak.

“Usaha ini sejajar dengan komitmen kerajaan untuk mengukuhkan keselamatan perairan negara khususnya di Sabah dan Sarawak agar sentiasa berada di tahap yang sangat tinggi.

“Kami (TLDM) telah mengenalpasti tapak yang sesuai di Bintulu.. Kami yakin akan dapat membina Markas Wilayah Laut 4 pada tahun hadapan,”katanya

Dalam masa sama,katanya, pelucutan tauliah Kapal KTD KEPAH itu merupakan satu titik permulaan Pelan Transformasi 15 to 5 dimana pengurangan 15 kelas kapal kepada lima kelas disamping menghasilkan penjimatan kos yang efektif.

“ Upacara perlucutan tauliah ini merupakan satu istiadat di dalam tentera laut dimana-mana dalam dunia termasuk tentera laut di Malaysia bagi menghargai dan menghormati sumbangan dan khidmat kapal dan juga warga kapal. 

“Dalam usia 40 tahun itu, ia (Kapal KTD KEPAH) telah berkhidmat dengan tentera laut Malaysia selama 36 tahun… Jika kita lihat, kapal ini masih berada dalam keadaan yang baik walaupun telah berusia 40 tahun. 

“Kita akan gunakan penjimatan kos itu untuk kegunaan bagi program- program pembuatan kapal baru,” jelasnya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

KENANGAN... Laksamana Ahmad Kamarulzaman (tengah) merakamkan gambar kenangan dengan kapal KTD Kepah bersama para pegawai pemerintah dan anak-anak kapal
KENANGAN… Laksamana Ahmad Kamarulzaman (tengah) merakamkan gambar kenangan dengan kapal KTD Kepah bersama para pegawai pemerintah dan anak-anak kapal

Komen


Berita Berkaitan