Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tipu Bini

ANGGOTA polis menyoal siasat kaki judi yang ditahan.
ANGGOTA polis menyoal siasat kaki judi yang ditahan.

Penampang: Cubaan seorang lelaki menipu isteri kononnya dia mahu mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri terbongkar selepas dia dicekup ketika berjudi dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Putatan Baru, dekat sini, tengah malam semalam.

Dalam Op Dadu kira-kira jam 12 tengah malam itu, lelaki berusia 53 tahun bersama dua individu lain tidak menyedari premis itu dikepung menyebabkan mereka gagal meloloskan diri sebaik diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

Difahamkan, sebaik ditahan, lelaki separuh abad itu merayu kepada polis supaya dilepaskan dengan alasan bimbang dimarahi isteri.

Selain itu, lelaki terbabit mengaku memberi alasan kepada isterinya untuk mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri rakannya.

Bagaimanapun, polis tidak mengendahkan alasan itu dan dia bersama dua individu lain dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobden berkata, dua lelaki sedang asyik melakukan taruhan dalam aktiviti perjudian atas talian ketika polis melakukan serbuan.

“Hasil serbuan, polis menahan tiga individu, masing-masing dua pelanggan berusia 30 dan 53 tahun manakala seorang lelaki dipercayai penjaga premis berusia 27 tahun,” katanya ketika dihubungi.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan