Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tips Untuk Membiasakan Diri Solat Pada Awal Waktu

8:25pm 10/02/2016 Zakir Sayang Sabah 57 views i-Muslim

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Berikut adalah tips untuk membiasakan diri solat pada awal waktu;

  1. Jika tidak ada sebarang kerja yg mengikat atau urusan penting yg harus dilaksanakan, maka segera tinggalkan urusan yg tidak berfaedah seperti Facebook. Latih diri untuk segera menutup laptop atau simpan handphone kita.
  2. Pasang penggera waktu solat dalam handphone,tab atau laptop. Dengan cara ini, kita akan cepat tersedar bahawa waktu solat telah pun masuk. Segera berwuduk.
  3. Jika datang nafsu malas dan rasa berat, katakan berulang kali kepada diri, “Allah sedang panggil dan tunggu aku menghadap-Nya sekarang!”
  4. Biasakan diri dalam keadaan sentiasa mempunyai wuduk. Duduk lima minit awal di atas sejadah sambil berzikir menunggu masuknya waktu solat.

Mengetahui kelebihan solat pada awal waktu, maka kita akan berlumba-lumba untuk segera menunaikannya.

Semoga bermanfaat!

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Profesor Madya Dr. Hasnan Bin Kasan)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan