Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tips Mudah Buat Si Kecil Memahami Erti Solat

2:53pm 11/02/2016 Zakir Sayang Sabah 111 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Dua hari lalu, ada peristiwa menarik berlaku yang ingin saya kongsikan. Jika anda sedang dalam proses mengajar anak kecil untuk solat, semoga perkongsian ini ada tips bermanfaat.

Ia bermula apabila anak saya, Yaya, tidur semasa maghrib. Sepanjang siang dia asyik bermain (sebab ada kakak sepupu di rumah). Kejap main ‘mak-mak’, kejap main tulis-tulis, kejap bergurau.

Ada-ada saja yang dibuatnya berdua sampaikan mama pun tak dihiraukannya. Tahu-tahu sebelum maghrib Yaya sudah terlena dek kepenatan.

Sekitar pukul 9 malam dia terbangun. Satu waktu malam itu, dengan nada perlahan Yaya tanya saya satu soalan yang buat saya terkedu.

“Mama, takpe ke Yaya tak solat maghrib tadi?”

Allahurabbi, terkejut saya. Baru saya teringat yang tadinya Yaya tidur sepanjang maghrib. Saya sendiri tak terfikir untuk kejutkan dia.

Rupanya bukan itu saja. Sebelum tidur, saya tanya dia

“Yaya dah solat?”

Jawapannya sekali lagi buat saya terkedu.

“Dah. Tadi masa doa Yaya say sorry kat Allah sebab tak solat maghrib”

Terasa jatuh kejap jantung saya mendengar ayat yang keluar dari mulut si comel. Sebenarnya satu perkara saya tak sangka.

Selama ini saya ajar Yaya untuk berdoa selepas solat dengan dua perkara: berterima kasih kepada Allah atas nikmat yang diperolehinya hari itu dan juga memohon kebaikan dan bimbingan dariNya.

Sudah berbulan-bulan diamalkan. Tapi kali ini, anak sendiri yang ada ‘idea’ untuk ‘say sorry’ kepada Allah ketika berdoa sebab tadi dia ‘miss’ solat maghrib.

Allahuakbar, bukankah itu taubat? Mengatakan kepada Allah yang kita menyesal atas satu kesilapan. Cuma bezanya, ia taubat versi anak-anak. Dan dia yang buat sendiri tanpa mengetahui apa itu ‘taubat’?

“Ya Allah…macamana dia boleh buat macam tu?”

Saya tak tahu macamana nak kata, tapi waktu itu saya sangat-sangat takjub dengan kuasa dan kebaikan Allah. Baiknya Allah. Saya tak pandai didik anak. Selalu culas bab itu bab ini, tapi alhamdulillah Allah hadirkan ‘feeling’ hidup berTuhan dalam hati si comel saya.

Sampai dia boleh feel bersalah sebab tak solat. Dia sendiri terfikir nak minta ampun kat Allah.

“Yaya, mama sendiri selalu tak ‘say sorry’ kat Allah, sedangkan mama lagi banyak buat silap. Selalu lupa Dia dek urusan kerja yang banyak. Terima kasih sayang kerana mengingatkan mama”

Anak saya bukanlah terlalu mudah untuk diajak solat. Masih perlu diajak, ada masanya masih menguji kesabaran. Saya faham, sebab dia bukan malaikat tapi anak kecil. Sedangkan mamanya sendiri masih bertatih untuk belajar khusuk.

Tapi satu perkara yang menyentuh hati saya ialah..dia sudah terlebih dahulu ‘feel’ yang solat adalah moment interaksinya dengan Allah. Sehingga dia boleh terfikir untuk ‘say sorry’ kepada Allah kerana miss solat.

Saya hanya harap satu perkara. Biarlah anak membesar sebagai orang yang bukan saja solat, tapi ‘feel’ yang solat is the sweetest moment. Yang dia boleh curahkan segala kerinduan, segala pengharapan kepada Tuhannya yang dia tahu sentiasa ada untuknya.

Ada masalah macamana pun, its ok sebab Allah always ada. Kalau masalah berat pun ibarat ada batu besar himpit dan menolak sampai rasa nak tergolek ke dalam gaung, its ok sebab anytime Allah boleh angkat batu besar itu.

Just get connected to Him and solat is the best, special way.

Bukan seperti mamanya yang sudah belajar solat dari kecil, tapi hanya solat ‘asalkan solat’. Sekadar menunaikan ‘tanggungjawab’. Bila ada masalah perkara pertama yang difikirkan ialah macamana nak release stress? Nak makan apa? Nak cerita kat kawan yang mana?

Allahuakbar, terasa ruginya bertahun-tahun hidup begitu. Merugikan moment-moment indah dalam hidup apabila dapat berhubung langsung dengan Allah, meluahkan rasa rindu akan kasih sayangNya.

Memohon ampun kerana banyaknya kesilapan dan meluahkan segunung harapan seorang insan kerdil yang tak punya apa.

“Terima kasih ya Allah, kerana Kau hadirkan rasa itu dapat hati anakku”

Bila saya lihat moment yang sweet ini, tergerak hati saya untuk kongsikan tips dalam kita mendidik anak untuk solat, manalah tahu bermanfaat untuk yang lain:

Selepas anak solat, ajarkan anak untuk berdoa menggunakan kata hatinya sendiri. Konsepnya mudah: kita beri anak ‘guideline’ tapi isinya biar anak yang tentukan. Dan ini guideline yang saya gunakan:

Tip #1

Pertamanya, anak berdoa dengan doa dalam bahasa Arab yang wajib dibacanya. Contohnya doa untuk ibu bapa:

“Allahummaghfirli..”

Tip #2

Kedua, anak akan berterima kasih dari hatinya sendiri:

“Thank you Allah…bagi saya…..”

(Biar anak yang listkan. Ajak anak untuk mengungkapkan terima kasih kepada Allah atas apa yang menggembirakannya hari itu. Contohnya mungkin dia gembira dapat mandi di swimming pool, atau dapat makan sushi kegemarannya, atau dapat main happily dengan adik)

Tip #3

Then, ajak anak untuk memohon kebaikan dan bimbingan dari Allah:

“Tolong bantu saya jadi anak yang baik, kakak yang sayang adik, suka solat, suka tolong mama kemas rumah…”

Amalkan setiap hari dan nanti, jangan terperanjat dengan bagaimana anak berinteraksi dengan Tuhannya yang kadang-kadang kita pun tak terfikir.

Dalam kita mendidik anak-anak kecil untuk solat, ayuh kita keluar dari kerangka ‘solat itu tanggungjawab’ kepada perspektif yang lebih membahagiakan:

“Solat itu special, sweetest moment antara kita dengan Allah yang sangat sayangkan kita.”

Kerana hati dan jiwa mereka masih bersih, masih suci. Ayuh kita masukkan dengan menanam ‘bonding’ dan feeling-nya kepada Allah dan nanti ia menjadi satu cara mendidik tanpa memaksa yang sangat mengujakan.

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Siti Ujila)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan