Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tips Melapangkan Dada

12:11pm 02/02/2016 Zakir Sayang Sabah 41 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pentas sandiwara dunia sering mengecewakan. Manusia boleh bersandiwara menjadikan yang salah itu benar, yang benar itu salah. Harta dan kuasa sering merubah timbangan hakiki dalam kehidupan ini.

Walaupun kadang-kala semua mata dapat menyaksikan betapa bohong dan menipunya sandiwara yang dipertontonkan itu, namun kuasa dan harta dengan penuh kecurangan menabalkan yang salah di tempat yang benar, yang benar di tempat yang salah.

Namun Tuhan tidak lupa walaupun insan sering lupa. Membaca al-Quran melapangkan jiwa kita, bahawa hari yang maha adil itu akan tetap menjelma jua.

Firman Allah: (maksudnya): Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim;

Sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan jantung hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas).

Surah Ibrahim 42-43

 

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan