Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tinjuaun laluan dan persiapan Matunggong Challenge 2016

7:30pm 28/12/2015 Ann Vivien 66 views Sukan,Tempatan
Jelani (bertopi, baju hitam) bersama jawatankuasa penganjur meninjau laluan Larian Matunggong Challenge 2016.

Jelani (bertopi, baju hitam) bersama jawatankuasa penganjur meninjau laluan Larian Matunggong Challenge 2016.

MATUNGGONG: AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Matunggong, Dato Jelani Hamdan yang juga Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) telah meninjau laluan dan persiapan Matunggong Challence 2016 (MC 2016)–“Run For A Cause” yang akan diadakan pada 1 Januari 2016.

“MC 2016” melibatkan sebanyak 4 kategori iaitu Larian Terbuka (30 KM (kilometer)), Larian Veteran-10 KM, Larian 15 KM dan Larian 3 KM untuk kanak-kanak.

Menurut Jelani, hadiah-hadiah untuk MC 2016 telah ditambah dan dinaikkan terutama bagi kategori Larian Terbuka 30KM. Johan akan menerima RM2000 berbanding RM1000 sebelum ini, selain medal dan sijil penyertaan. Naib johan akan menerima RM1000 berbanding RM700 sebelum ini, berserta medal dan sijil penyertaan. Tempat ketika juga dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 berserta medal dan sijil penyertaan. 10 saguhati juga diberikan kepada pelari yang paling awal tiba di garisan penamat.

Katanya, larian itu menawarkan hadiah menarik kepada pemenang kerana laluannya agak mencabar dengan sebahagian besar jalan-jalan tersebut masih gravel dan berbukit.

Katanya, Larian itu akan berakhir di Pantai Mandavang yang cantik dan sangat berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong.

Selain cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah yang menarik seperti 5 buah basikal BMX, 1 Tablet, 1 set TV 32” dan 50 hamper, persembahan nyanyian dari artis-artis jemputan juga akan diadakan bagi menyerikan lagi suasana sambutan.

Jelani berkata, pendaftaran untuk menyertai larian itu telah dibuka pada 28 Disember 2015 sehingga Larian itu dimulakan. Kaunter-kaunter pendaftaran juga dibuka di Rumah Panjang Puruvan Square, Pejabat ADUN N4 Matunggong. Pendaftaran secara online boleh dibuat di http://puruvan.com/mc/registration.

Yuran penyertaan boleh dibayar kepada Persatuan Momogun Rungus Sabah di Ambank-nombor akaun: 8881011797717. Bagi pelari yang membayar yuran terus ke akaun SAMORA, hendaklah menghantar salinan bayaran ke [email protected].

Orang ramai yang berminat menyertai MC 2016 boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada jawatankuasa penyelaras dengan menghubungi urusetia larian di Pejabat Adun N4 Matunggong iaitu :
Endry Gimpou (019 530 4257) Joseph Abis -019 899 2880, En Miner – 0148172259. POM ; En Stanley D -‪0 14 855 5844.‬ MRYC : Jonos – 0138884286, Romexs- 0138747479,Edle  – 0165835116, Fedirison – 0133417797, Steven Avong – 01119020887, Riboy- 01116167023, Jelvis- 0146599860, Jabla – 01136916631, Kenny- 0198317046 dan Saini- 0198805768‬.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan