Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tingkatkan rondaan dikampung untuk keselesaan penduduk

9:13am 30/11/2015 Ann Vivien 129 views Jenayah,Tempatan
Hamisa menerima cenderahati daripada pihak penganjur.

Hamisa menerima cenderahati daripada pihak penganjur.

TAWAU: Kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi membendung kegiatan jenayah di negeri ini termasuklah dalam kampung.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat,  Datuk Hamisa Samat berkata  penglibatan masyarakat secara aktif, boleh mengatasi kebimbangan penduduk terhadap kejadian jenayah seperti pecah rumah dan samun pada waktu malam.

Jelasnya kegiatan jenayah termasuk yang dilakukan oleh warganegara asing yang mungkin masuk secara haram bukan sahaja menyebabkan kehilangan harta benda malah turut mengancam keselamatan penduduk.

“Bagi mengatasi masalah berkenaan, wujudkan dan aktifkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di setiap kampung atau perumahan di kawasan bandar.
Melaluinya, setiap penduduk akan dapat bergerak secara lebih tersusun membantu pihak berkuasa membanteras jenayah di kawasan masing-masing”, ujarnya.

Beliau berkata demikuan semasa Majlis Malam Asprisiasi Perpaduan Rukun Tetangga Daerah Tawau di Hotel Emas Tawsu semalam.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu menegaskan masyarakat perlu mencontohi sesetengah penduduk yang mengadakan rondaan secara sukarela seminggu sekali, setiap dua malam sekali.

“Malah ada yang melakukannya untuk menjalankan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Mereka itu sanggup bersengkang mata dari tengah malam hingga waktu pagi dan selepas itu ke pejabat untuk bekerja seperti biasa.”

Tambah Hamisa langkah berkenaan bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kejadian jenayah tetapi menarik lebih ramai penduduk menyertai aktiviti yang dapat meningkatkan lagi integrasi kaum.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan