Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tingkatkan keselamatan di pejabat kerajaan: Radin

Radin (tengah) memberi ang pao dalam acara tersebut
Radin (tengah) memberi ang pao dalam acara tersebut
TENOM: Tingkatkan langkah-langkah keselamatan demi keselamatan penjawat awam dan orang ramai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh menggesa pengurusan pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri Sabah hari ini.

Beliau juga menggesa pengurusan pejabat daerah untuk mengemaskini Standard Operating Protocol (SOP) mengenai aspek-aspek keselamatan bagi menangani isu-isu keselamatan di premis-permis kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu diminta mengulas kejadian kes bunuh melibatkan seorang pelajar kolej yang menjalani latihan industri di pejabat daerah Keningau pada hari Isnin lepas.

Selain itu, pengurusan pejabat daerah juga harus mengambil inisiatif untuk memasang CCTV di lokasi-lokasi strategik untuk memudahkan pemantauan dan kawalan keselamatan dalam bangunan pejabat daerah berkenaan.

“Kita rasa simpati dengan kejadian sedih yang menimpa pelajar dan keluarga pelajar itu kerana memahami susah payah dan pengorbanan ibu bapa untuk membesar dan memberi pendidikan kepada pelajar yang malang itu.

“Saya yakin pihak polis mampu menyelesaikan kes itu dengan baik demi kesejahteraanm keselamatan dan keharmonian hidup orang ramai di negeri ini,” katanya.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan