Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tingkat pekerja profesional bumiputera

Hamisa Samat (dua kanan) menyampaikan hamper kepada salah seorang peserta terbaik dalam kursus itu. - foto Masani Sandan
Hamisa Samat (dua kanan) menyampaikan hamper kepada salah seorang peserta terbaik dalam kursus itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Seramai 2,523 peserta telah menyertai kursus kontraktor anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada tahun lalu.

Pembantu Menterinya, Datuk Hamisa Samat berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan dan maklum balas daripada peserta kursus tersebut dan menggesa mereka memanfaatkan ilmu yang diperolehi dari segi mendapatkan projek rundingan terus dan peluang bersaing tender terhad.

“Peserta kursus mempunyai tanggungjawab dan amanah yang besar bagi menjayakan matlamat kerajaan untuk mewujudkan usahawan bumiputera atau kontraktor bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing.

“Peserta juga hendaklah memastikan projek yang diamanahkan disiapkan dengan baik dan berusaha meningkatkan modal syarikat dan bilangan pekerja profesional serta mampu berdikari tanpa bantuan kerajaan,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan dan penyampaian Sijil Kursus Pengurusan Kontraktor Kerja, di sini hari ini.

Katanya, adalah menjadi harapan kerajaan untuk membolehkan para peserta kursus mendapatĀ kepercayaan dari sektor swasta, disenaraikan seperti di Busra Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan berdaya saing di pasaran global. – oleh Masan Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan