Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tingkat kefahaman mengenai kanser

Mohd Taslim yang mewakili Jamawi merasmikan program tersebut menerima cendera kenangan dari pihak penganjur.
Mohd. Taslim yang mewakili Jamawi merasmikan program tersebut menerima cendera kenangan dari pihak penganjur.

TENOM – Pemuda UMNO Bahagian Tenom menggesa masyarakat, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama meningkatkan kefahaman tentang ancaman penyakit kanser menerusi kempen atau program kesedaran.

Ketuanya, Jamawi Jaafar berkata, semua pihak harus memainkan peranan dengan menyertai kempen yang dilaksanakan, tambahan pula aktiviti itu memerlukan sokongan padu di semua peringkat.

“Mesej penting yang perlu disebarkan menerusi kempen dan program tentang penyakit kanser adalah usaha mencegahnya, mengesan diperingkat awal dan mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya dikesan menghidapinya,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kesederan Penyakit Kanser Peringkat Daerah Tenom anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Tenom dengan kerja sama Hospital Tenom dan Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah di Tapak Tamu Sedcovest Tenom, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Mohd. Taslim Tahir.

Menurut Jamawi, usaha itu perlu berterusan disebabkan kanser merupakan penyakit yang membawa maut, namun masih boleh dicegah dan sesetengahnya mampu disembuhkan menerusi rawatan khusus.

Beliau berkata, kira-kira 30 hingga 40 peratus penyakit kanser boleh dicegah dan satu pertiga daripadanya masih boleh dirawat, tetapi perlu melalui pendedahan awal.

Menurutnya, risiko kanser boleh dielak dengan berhenti merokok, kurang minum minuman keras, tidak terdedah terhadap cahaya matahari melampau, makan makanan sihat, mengekal berat badan serta melindungi daripada jangkitan yang menyebabkan kanser.

“Perlu diketahui, laporan Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC) menunjukkan setiap tahun di seluruh dunia seramai 7.6 juta meninggal dunia akibat kanser dan hampir 12.7 juta orang lagi berisiko mendapat penyakit tersebut.

“Angka ini akan terus meningkat sebanyak 26 juta kes baharu dan 17 juta kematian menjelang tahun 2030, terutama di negara-negara sedang membangun dan miskin jika masih tiada sebarang langkah proaktif diambil,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan