Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tingkat atas rumah musnah dalam kebakaran

5:50pm 22/08/2016 Leolerry Lajius 44 views Sandakan,Tempatan

SANDAKAN: Tingkat atas sebuah rumah jenis kekal musnah selepas terbabit dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Utara Taman Lucky, di sini, pagi tadi.

Tingkat atas rumah berkenaan yang berkeluasan 30 kaki lebar dan 40 kaki panjang itu musnah dalam kejadian berkenaan.
Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 10.43 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 5 kilometer itu pada jam 10.56 pagi.

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman dengan membuka 2 aliran 300’ 4 pancutan dan mendapatkan sumber air daripada pili bomba berdekatan untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Razali bersama 16 anggota yang lain itu tamat pada jam 11.54 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan