Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tingkat atas rumah dua tingkat musnah dalam kebakaran

4:59pm 15/09/2016 Leolerry Lajius 776 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Tingkat atas sebuah rumah musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Lorong Patuma Rumah Murah, Kepayan pagi tadi.

Tingkat atas rumah berkenaan yang berkeluasan 50 kaki lebar dan 30 kaki panjang itu musnah dalam kejadian berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 6.35 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh empat kilometer itu pada jam 6.42 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PBT Jamaludin Bin Husin bersama 20 anggota itu tamat pada jam 7.21 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca serta nilai kerugian masih disiasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan rumah yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan